PROGRAM
KEILMUAN
PERINGKAT 1
1. ASMAK PENUMBUH WIBAWA 1
Jika Anda ingin dihargai oleh sesama manusia,berwibawa di
mata mereka, maka wiridkanlah(bacalah secara rutin asmak
penumbuh wibawa ini,Insya Allah jika Anda mampu beristiqomah,niscaya kewibawaan
luarbiasa akan anda perolehi dan cinta mereka pun akan Anda raih.
2. RAHSIA MENDATANGKAN
MAHABBAH,KEAGUNGAN & KEWIBAWAAN
Setiap orang pasti menginginkan hidup yang berwibawa serta
dicintai oleh sesamanya serta dihargai oleh ditakuti oleh kawan dan lawan.
Namun semuanya itu harus ditempuh dengan berbagai cara, baik dengan cara sopan
santun bersikap terhadap sesama manusia serta tidak memiliki sifat takabbur
atau sombong, namun jika seseorang bersifat sombong, takabbur dan besar kepala
pasti orang tersebut akan banyak musuhnya serta ia tidak akan disegani oleh
sesamanya.
Oleh kerana itu jika anda ingin menjadi dihargai orang yang
sesamanya dan selalu disegani oleh sebangsanya haruslah memenuhi cara-cara yang
tersebut diatas, iaitu sopan santun, rendah diri, tidak sombong, dan tidak
takabbur Kecuali dari pada itu juga lebih baiknya anda harus menjalani wirid amalan
kewibawaan ini secara teratur, terus menerus dan tidak bosan. Insya Allah
dengan lantaran anda tekun membaca wirid dibawah ini anda akan disegani oleh
kawan dan disegani oleh lawan, serta akan dihargai oleh sesamanya. Sehingga
mereka akan belas kasihan kepada Anda.
3. KEWIBAWAAN DI
MATA MASYARAKAT
Untuk mendapatkan kewibawaan yang besar sehingga
disegani,dihormati dan dicintai masyarakat banyak dapat juga dilakukan dengan
mengamalkan amalan ini yang akan saya bukakan rahsianya kepada Anda yang
mengikuti bengkel kewibawaan Anugerah Agung ini.
4. ASMAUL HUSNA PENUMBUH KEWIBAWAAN
YANG HEBAT
Asmaul Husna merupakan nama-nama indah bagi Allah.Jika
kita berdoa dengan nama-nama itu niscaya mempunyai kemustajaban yang istimewa.
Demikian halnya untuk meraih kewibawaan yang hebat dapat juga kita wiridkan
satu nama dari AsmaulHusna.Cubalah,jika anda ingin mendapatkan kewibawaan yang
hebat,dengan cara ini insya Allah keinginan Anda bukanlah angan-angan
belaka,melainkan akan menjadi kenyataan. Anda akan berwibawa,disegani,dan
ditakuti tapi tidak dibenci.
5. WIRID KEWIBAWAAN
Kewibawaan memang merupakan sesuatu yang wajar bila
selalu dicari-cari oleh setiap orang kerana dengan kewibawaan diri seseorang
akan lebih berharga.Dengan amalan rohaniah ini,insya Allah kewibawaan akan
segera memancar dari dalam diri Anda,bahkan masyarakat sekeliling pun akan
jatuh kasih dan hormat.Cubalah!
6. AMALAN PRABAWA UNTUK KEWIBAWAAN
SUPER
Ada ”1001”
upaya untuk mendapatkan kewibawaan. Satu diantara upaya itu adalah upaya
spiritual sebagaimana akan diterangkan berikut ini.
Jika Anda ingin
tampil sebagai diri yang penuh dengan kewibawaan yang amat sangat,cubalah
lakukan amalan sebagaimana petunjuk di bawah ini.
Dengan amalan
ini, in sya Allah kewibawaan Anda akan tegak di mata masyarakat mana saja,dan
dimana saja Anda berada.
7.
AMALAN
WIBAWA PENGUAT SABDA
Untuk memberi kesan luarbiasa
kata yang kita ucapkan, tidak selamanya kita harus bercakap dengan keras &
lantang. Namun justeru dengan suara yang pelan dan lemah lembut terkadang malah
nampak lebih mantap & berwibawa, jika anda seorang pendakwah, da'i /
muballigh, atau sekadar orang awam yang ingin suaranya selalu didengar &
diperhatikan, cubalah amalan rohaniah ini. In sya Allah
8. MENAMBAHKAN KEBERANIAN
Jangankan kewibawaan,keberanian diri pun tak ada.Yang ada
hanyalah perasaan rendah diri,kecil hati dan pesimis.
Jika Anda termasuk orang yang demikian,cepat-cepat
hilangkanlah penyakit jiwa itu,kalau anda tak ingin melihat masa depan Anda
suram. Tumbuhkanlah keberanian diri Anda yang sebenarnya tersimpan dalam diri
Anda sendiri.Jika anda lakukan amalan ini secara istiqomah dan
mudawamah(rutin),insya Allah keberanian akan segera muncul dipermukaan hati
Anda. Segenap rasa rendah diri,kecil hati,pesimis atau sejenisnya akanlah lenyap.
Sebaliknya,rasa optimis dan percaya diri kita menyala.Cubalah dan buktikan!
9. WIRID UNTUK MEMPERKUKUH
KEDUDUKAN(MEMPERTAHAN REPUTASI)
Di tengah kehidupan yang penuh dengan persaingan ini,
kedudukan merupakan barang mewah yang senantiasa menjadi rebutan setiap orang,
lebih-lebih bagi orang yang belum mempunyai kedudukan. Sedangkan bagi orang
yang sudah mempunyai kedudukan, itu bukan jaminan untuk selamanya dapat
mendudukinya, kerana rival (lawan) ada di mana-mana sehingga pemutasian atau
pemutusan hubungan kerja setiap saat boleh datang merenggutnya. Oleh kerana
itu, bagi pencari kedudukan mahupun bagi yang sudah mendapatkan kedudukan perlu
kiranya mengamal amalan ini, yang berguna untuk mempermudah mendapatkan
kedudukan mahupun memperkukuh kedudukan.
10. KEWIBAWAAN DIMATA
ATASAN
Sebagai orang bawahan,masa depan karier Anda terletak
pada keputusan Atasan.Anda boleh berprestasi,tapi kalau atasan memendam rasa
benci,Anda tak boleh buat apa-apa.Inilah pentingnya anda memiliki kewibawaan
untuk menarik cinta(salute dan simpati)atasan agar keberadaan Anda senantiasa
mendapatkan perhatian,pengertian dan penghargaan darinya.Selamat mencuba selamat
bekerja,dan selamat menikmati cinta!
11. MENEGAKKAN KEWIBAWAAN DI MATA
BAWAHAN
Kewibawaan bagi seorang atasan
adalah mutlak diperlukan,kalau tidak hendak dilecehkan bawahan. Kewibawaan yang
diperlukan bukanlah kewibawaan tangan besi,melainkan demokrasi dan manusiawi
Oleh kerana itu,diperlukan
amalan-amalan semacam dibawah ini. Inilah amalan yang dapat meningkatkan
kewibawaan seorang atasan di mata bawahan.
12. HIZIB KEWIBAWAAN
Apabila Anda
seorang pejabat, atau seseorang yang mempunyai kedudukan penting, atau memimpin
dan semacamnya. Atau Anda peribadi biasa yang ingin berubah Hizib Kewibawaan
boleh Anda jadikan Amalan istimewa bagi Anda.
Hizib Kewibawaan
merupakan Hizib yang cukup banyak Hikmah dan karomahnya. Secara khusus Hizib
ini mempunyai Hikmah menjadikan Anda sangat berwibawa dan dimuliakan banyak
orang, di hargai/ di segani lawan mahupun kawan. Anda menjadi seseorang yang kharismatik.
Siapapun yang bertemu atau membicarakan tentang Anda, menjadikan hormat dan
menghargai Anda dengan sangat Hormat.
Selain
diatas, Hikmah atau Khasiat Hizib Kewibawaan diantaranya :
1.
Meninggikan derajat dan pangkat/ kedudukan Anda.
2. Selamat
dari orang yang suka atau niat berbuat jahat pada Anda.
3.
Dimulyakan oleh orang, keluarga dan masyarakat.
4. Diberikan
kewibawaan/ kharisma tinggi dihadapan orang lain, baik kawan mahupun lawan
Anda.
Semua itu kerana
Anugerah Allah SWT. Adapun cara tirakatnya, Anda saya ajarkan di dalam
peng-ijazahan yang saya berikan ini. Semoga Anda mendapatkan Ridho Allah SWT. Aamiin.
13. MIND POWER KEWIBAWAAN
Untuk
membangun energi kewibawaan dan kharisma diri yang mengagum kan, Anda perlu
berfikir positif tentang diri Anda sendiri.
Hilangkan
fikiran bahwa kewibawaan dan kharisma hanya dapat dimiliki oleh mereka yang
berasal dari keturunan bangsawan, pejabat tinggi, pemimpin besar,orang kaya
saja namun Anda !! Siapapun diri Anda PASTI dapat memperoleh energi kewibawaan dan
kharisma diri yang mengagumkan.
SEKARANG
saya ajak Anda untuk mengubah energi negatif yang ada dalam diri Anda menjadi
energi positif serta mengubah pola fikir (mindset) Anda menjadi lebih
optimis dengan melakukan teknik Mind Power (Mental Imaging)
Praktekkan
Teknik MindPower ini setiap hari dengan penuh keyakinan dan kesungguhan
bahwa Anda akan menjadi orang yang berwibawa, berkharisma, berpengaruh, semua
orang mencintai Anda.
Anda
akan merasakan hasilnya yang sangat mengagumkan !!
14. UNTUK MENDAPATKAN KEWIBAWAAN AGUNG
Barangsiapa selalu membaca doa berikut ini setiap
hari. Maka memperoleh kewibawaan, pengaruh dan disenangi oleh siapa saja
yang melihatnya.Insya Allah!
PERINGKAT 2
KEILMUAN
KEWIBAWAAN AGUNG TINGKAT 2
llmu ini merupakan amalan para wali Allah
dan pegangan para kyai khowas. Ilmu langka yang dulu tidak banyak diketahui
oleh orang, sedikit sekali orang yang memegang ilmu hikmah ini. Sebab hanya
diajarkan kepada murid-murid terpilih saja kerana kedahsyatan karomahnya.Ilmu ini tidak banyak lelaku, cukup
diwirid saja, tanpa puasa, tanpa azimat.
Khasiatnya
sangat besar untuk melepaskan segala kesulitan hidup, mempermudah suatu urusan,
menumbuhkan aura kewibawaan, tuah,anti sihir bahkan dapat membalikan sihir
kepada sang pengirimnya,menghilangkan penyakit (penyembuhan) dan menjauhkan
dari berbagai macam bala bencana.
Begitu
dahsyatnya amalan ini Sebagai langkah berhati-hati maka ilmu ini hanya boleh dijazahkan
kepada para Peserta yang telah selesai mengikuti Kursus Bengkel Kewibawaan
Peringkat 1 sahaja..
Tatacara
pengamalannya cukup mudah. Tidak harus puasa, tanpa sesaji, tanpa azimat dan
tanpa ritual aneh-aneh. Meskipun begitu saya berharap jalan sebagai seorang
spiritualis tidak dilupakan iaitu tekun puasa (mengendalikan natsu makan),
tekun berjaga (mengendalikan nafsu tidur), tekun membaca doa-mantra (wirid) dan
tekun dalam bermeditasi (tafakur). Insya Allah, jika diamalkan dengan istiqomah
anda akan dijauhkan dari segala bencana, selamat zahir batin, berwibawa dan
dimuliakan, dimudahkan dalam segala urusan, dan berbagai manfaat lainnya yang
dahsyat.
KHASIAT Antara
lain iaitu:
1. Amalkan
dengan istiqomah dan hayati, insya Allah dikaruniai pemahaman amu Haqqul yakin)
akan kebesaran Allah SWT guna meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepadaNYA.
2. InsyaAllah
anda sekeluarga senantiasa dijauhkan dari segala macam bencana.
3. Juga
diberikan perlindungan diri secara ghaib (tidak kasat mata) sebagai Pagar badan
benteng) dari segala ancaman kejahatan manusia dan JIN.
4. Serta
keselamatan dari senjata tajam ataupun tumpul, pergaduhan, bahkan pembunuhan
5. Khusus untuk
membuat Pagar Ghaib rumah atau suatu tempat. Insya Allah, rumah anda telah terlindung
dari segola ancaman kecurian.
6. Jin jahat
tidak berani mendekat sebab pengamal ilmu ini diselimuti aura yang membuat JIN
merasa panas seperti terbakar
7. Bila Jin
menampakkan dirinya dan nekad berniat bacalah amalan ini kemudian tiupkan ke
telapak tangan kemudian lontarkan hantamkan ke arah jin bersemayam dengan niat
untuk mengusirnya.
8. Khusus untuk
menyembuhkan kesan santet atau gangguan Jin lainnya, boleh juga memakai media
air putih Minumkan kepada si sakit. Atau wapkan di wajahnya. Atau dipakai untuk
mandi. Insya Allah akan beransur- ansur kembali pulih dan normal kembali.
9. Bila
senantiasa di baca dengan tekun. Insya Allah dapat meneutralkan sial (naas dan
sengkaka) yang diri.
10. Dijauhkan
dari ancaman binatang buas atau beracun dan segala binatang yang membahayakan.
11. Khusus untuk
menyembuhkan bisa gigitan binatang berbisa, dengan media segelas air garam.
Kemudian diusap sapukan di tempat luka.
12. Menumbuhkan
aura kewibawaan yang luarbiasa, disegani kawan ditakuti lawan. Boleh di test
dan dibuktikan dengan foto aura. Akan ada perbezaan aura sebelum dan sesudah
mengamalkan ilmu ini Atau anda boleh meminta pendapat kepada teman, rakan kerja
tentang perubahan diri anda.
13. Mempermudah
segala urusan, pekejaan dan pelarisan bisnes anda. Khusus untuk melunasi hutang.
Khusus untuk
pelarisan niaga bacalah amalan ini setiap hari lalu akhiri dengan berdoa setulus
hati Lakukan sampai terbukti atau terasa perubahan dalam ekonomi anda
14. Dapat
menciptakan ketenteraman dalam rumah tangga, jauh dari fitnah dan penghinaan.
15. Khusus untuk
mengatasi problem rumah tangga, kecurangan, ancaman cerai, anak nakal, mertua
usil dan sebagainya amalkan ini setiap hari. Amalkan sampai ada perubahan
membaik pulih.
16. Mudah dalam membangkitkan
tenaga inti Tenaga Dalam Asmak.
17. Insya Allah,
masih banyak lagi keberkahan yang dapat dirasakan dalam kehidupan sehari-hari
setelah mengamalkan ilmu hikmah ini.