MANFAAT


MANFAAT

KEWIBAWAAN PEMIMPIN
Keberhasilan seorang pemimpin selain ditentukan oleh sifat-sifat dan perilaku, juga ditentukan oleh kewibawaan. Kewibawaan sebagai salah satu konsep kepemimpinan menyangkut semua aspek yang berkaitan dengan kepemimpinan seseorang atau sekelompok orang untuk mempengaruhi orang lain.

Pengertian kewibawaan dalam kerangka kepemimpinan adalah seperti halnya dikemukakan oleh Stephen P. Robbins, Concept of power as the ability to induce or influence behavior. Ini sesuai dengan pendapat Koontz, bahawa peranan pemimpin adalah : “……… is to induce or persuade all subordinate or fellowers to contribute willingly to organizational goals in accordance with the maximum capability. 

Kewibawaan mempunyai peranan sebagai daya dorong bagi setiap pemimpin, sebab dalam mempengaruhi, menggerakkan, dan mengubah perilaku bawahan kearah tercapainya tujuan organisasi di samping berbagai teknik kepemimpinan diperlukan pula adanya daya dorong tertentu yang disebut kewibawaan.

Menurut seorang ahli sosiologi dari Universiti Columbia, ada dua macam kewibawaan iaitu kewibawaan jabatan/pangkat (position power) dan kewibawaan peribadi (personal power). Kewibawaan jabatan adalah kewibawaan seorang pemimpin yang timbul kerana kedudukan atau hirarkhi jabatan formal. Ciri dari kewibawaan jabatan tersebut cenderung mengalir dari pemimpin ke arah bawahan. Penampilan kewibawaan jabatan ditandai kemungkinan adanya berbagai situasi yang negatif seperti adanya berbagai ancaman, hukuman, penolakan, penangguhan, keadaan yang tidak menentu, dsb. Kewibawaan jabatan memungkinkan pula situasi yang positif seperti pembahagian hadiah, kenaikan pangkat dan gaji, pemberian penghargaan, pujian, dsb.

Kewibawaan peribadi merupakan kewibawaan pemimpin yang menimbulkan kesedaran bawahan untuk menerima kewibawaannya, kerana dirasakan benar dan baik, sehingga bawahan merasa bersatu dengan atasan (committed). Jadi, kewibawaan peribadi timbul dari bawah ke atas, sebab timbul kemahuan dari bawahan untuk mengikuti dan melaksanakan apa yang dikehendaki atasan. Oleh kerana itu, kewibawaan yang ada pada pemimpin, mempunyai sifat yang berbeza-beza iaitu :

Coersive power, iaitu kewibawaan yang menimbulkan berbagai perasaan negatif seperti rasa takut,gentar, dsb.
Renumerative power, iaitu kewibawaan yang menimbulkan berbagai perasaan yang menyenangkan seperti pujian, hadiah, promosi, penghargaan, dsb.
Normative power, iaitu kewibawaan yang memberikan kepuasan, kerana adanya berbagai pengakuan terhadap prestasi yang dicapai bawahan (esteem, acceptance) sesuai dengan norma-norma yang berlaku, sehingga menimbulkan kebanggaan bawahan.
Kesimpulannya bahawa usaha menggerakkan bawahan dalam rangka mencapai tujuan yang telah ditetapkan, seorang pemimpin mempunyai situasi yang baik apabila didukung adanya kewibawaan jabatan dan kewibawaan peribadi.

KEWIBAWAAN SUAMI DALAM RUMAHTANGGA
Telah sering diperkatakan perlunya seorang isteri taat dan patuh kepada suami. Hormat dan memuliakan suami, hingga disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: "Seandainya aku boleh memerintahkan kepada manusia bersujud kepada manusia lain, aku akan perintahkan para isteri untuk bersujud kepada suami mereka kerana besarnya hak suami yang di anugerahkan Allah atas mereka"(Riwayat Termizi).

Ertinya, suami adalah tempat menumpahkan ketaatan, kesetiaan dan khidmat bakti. Di situlah ruang bagi seorang isteri mendapatkan keredhaan Allah SWT dan menerima janji syurga. Demikian tingginya kedudukan suami hingga isteri di suruh patuh tanpa berbelah bahagi selagi tidak menyimpang dari jalan Allah SWT. Namun begitu, hubungan antara pemimpin(suami) dan orang yang di pimpin(isteri) adalah hubungan timbal balik. Andainya isteri di suruh patuh kepada suami, maka suami perlulah memelihara wibawa kepimpinannya untuk melayakkan dirinya dipatuhi, disayangi dan dihormati dengan sepenuh hati. Dengan kata lain, suami juga ada peranan untuk menarik kepatuhan dan penghormatan yang sepenuhnya dari isteri. Agar rasa hormat dan patuhnya si isteri itu bukan semata-mata kerana memenuhi kewajipan mematuhi, menghormati dan memuliakan suami, tapi kerana suami sendiri memperlihat kan sikap dan keperibadian luhur yang mengundang rasa hormat tanpa di paksa-paksa.

Sebagai manusia biasa yang ada hati dan perasaan serta mengalami pasang surutnya iman maka isteri juga memerlukan sokongan suami untuk mematuhi perintah Allah SWT, termasuklah dalam memberi ketaatan dan khidmat bakti kepada suami tercinta. Oleh itu, wibawa dan daya kepimpinan suami perlulah menyerlah supaya lebih mudah dan lebih terbuka hati isteri untuk taat dan hormat. Andainya pada diri suami tidak ada ciri-ciri sebagai ketua keluarga yang berwibawa maka agar sukar untuk menarik isteri dan anak-anak patuh serta hormat kepadanya. Walaupun rasa hormat dan patuh kepada suami serta ayah itu wajib, tetapi dalam keadaan suami atau ayah tidak memperlihatkan wibawanya sebagai pemimpin dalam rumah tangga maka isteri dan anak-anak mungkin hanya hormat dan patuh secara fizikal sahaja tetapi bukan dari hati yang penuh rela.

Di sinilah pentingnya wibawa dan daya kepimpinan seorang lelaki dibina dan di suburkan di dalam rumah tangga. Wibawa sebenar seorang lelaki itu dapat di lihat bila dia berada bersama ahli keluarganya,dia akan dihormati, di dengari kata-katanya, di sayangi dan di banggai oleh anak isteri tanpa di minta dan di suruhi. Menjadi tempat untuk berpaut, tempat rujukkan, tempat untuk berteduh, tempat mencari damai dan menjadi contoh teladan kepada anak isterinya. Persoalan ini penting untuk difahami oleh para lelaki yang bergelar suami dan ayah. Kepimpinan mereka dalam rumah tangga akan menentukan halatuju, keselamatan, kesejahteraan dan nasib masa depan seluruh ahli keluarganya, bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. 

Ini di peringatkan oleh Allah SWT di dalam firmannya yang bermaksud: " Hai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu..."(At-Tahrim:6). Sukar bagi seorang ketua keluarga untuk memelihara dan menyelamatkan dirinya dan ahli keluarganya dari seksa neraka jika dia gagal menegakkan kepimpinan yang berwibawa dan di redhai dalam rumah tangganya. Seorang suami perlu ditaati dan didengari cakapnya bukan sekadar di sayangi. Seorang ayah perlu di hormati dan di sanjung, bukan untuk di takuti. Hanya dengan itu mereka dapat memimpin, membimbing dan mendidik anak isteri dengan berkesan untuk menuju keredhan Allah SWT.

KHARISMA DAN WIBAWA
Dalam menghadapi para staff anda akan menjadi pemimpin yang disegani, anda akan menjadi figure pemimpin yang mampu memotivasi, membimbing staff agar mampu memberikan hasil kerja yang maksimum
Jika Anda adalah seorang Isteri, maka suami Anda akan memberi kepercayaan yang lebih kepada Anda.
Isteri Anda akan patuh terhadap perintah dan peraturan yang Anda tetapkan.
Jika anak Anda selama ini degil dan nakal maka secara perlahan mereka akan sedar dan patuh kepada Anda.
Jika Anda seorang guru atau Pengetua, maka Anda akan selalu dihormati murid-murid dan mahasiswa.
Jika Anda adalah bos, seluruh anak buah Anda menjadi patuh.
Kerana wibawa Anda yang sangat tinggi, maka tidak ada lagi sahabat yang menusuk dari belakang.
Segala apa yang Anda ucapkan akan mudah dipercaya orang lain.
Anda dapat menghentikan niat jahat seseorang hanya dengan pandangan mata atau bentakan.
Jika Anda mendapati orang dengan emosi dan kemarahan yang tak terkontrol, maka pandangan mata Anda membuatnya patuh dan menghormati Anda.
Kharisma Anda akan terpancar setiap waktu dan dimanapun Anda berada.
Semua keputusan Anda akan diterima oleh bawahan atau pegawai secara ikhlas.
Jika Anda sedang memimpin suatu majlis, maka keputusan Anda akan diterima oleh semua peserta.
Semua orang akan mudah memahami apa yang Anda instruksikan dan mereka bersedia menjalankan amanah Anda dengan sebenar-benarnya.
Jika Anda berada dalam lingkungan yang baru, maka segala fikiran dan pendapat Anda tidak akan diremehkan atau dipandang sebelah mata.
Seluruh teman dan bahkan bos dan atasan Anda akan menghargai apa yang Anda lakukan.
Anda selalu dihindarkan dari perbuatan-perbuatan yang menimbulkan jatuhnya harga diri dan kewibawaan Anda.
Jika selama ini Anda masih suka melakukan hal-hal yang menjatuhkan wibawa, maka secara perlahan hal-hal itu akan hilang dengan sendiri seiring dengan pengamalan ilmu wibawa.
Jika Anda seorang guru atau dosen, dengan berkat amalan kewibawaan Anugerah Agung ini  insya Allah  Anda akan selalu dihormati oleh seluruh murid-murid dan mahasiswa.
Anak Anda menjadi penurut dan tidak berani membantah apa yang Anda katakan.
Isteri Anda akan patuh terhadap perintah dan peraturan Anda.
Jika Anda adalah Isteri, maka suami Anda akan memberi kepercayaan yang lebih atas sesuatu hal kepada Anda.
Seluruh anak buah Anda menjadi patuh dan tidak ada yang berani melawan apalagi menusuk dari belakang.
Segala apa yang Anda ucapkan akan mudah dipercaya dan dihormati orang lain.